February 17, 2015

Homeschool?

Homeschool?

Apa yang anda faham dengan homeschool?



Homeschool itu sendiri boleh diertikan dengan mengajar anak sendiri di rumah dalam erti kata lainnya seorang ibu itu menjadi guru kepada anaknya sendiri. Homeschool ini banyak dilakukan di luar negara terutamanya di US. Homeschool dilaksanakan secara meluas dan sangat memberi manfaat khususnya kepada anak-anak istimewa yang sukar mengikuti pembelajaran di sekolah-sekolah 'main stream'.

Tetapi agak berbeza bagi situasi saya kerana homeschool itu sebagai satu peluang untuk 'bonding' dengan anak-anak. Melalui aktiviti-aktiviti seperti story-telling, arts & craft, belajar akademik dan menghafaz Al-Quran, anak-anak akan berasa sangat seronok kerana dapat ianya dilakukan bersama cikgu kesayangan, tak lain dan tak bukan ibu mereka sendiri. Bukankah seorang ibu itu merupakan guru yang terbaik buat anak-anaknya. 

Saya juga nampak banyak manfaat dari segi kos dan kewangan. Kos-kos menyediakan prasarana homeschool untuk anak-anak di rumah sebenarnya jauh lebih murah daripada yuran-yuran tadika/ prasekolah di luar. Cuma homeschooling ini memerlukan minat, komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada ibubapa itu sendiri. 
InshaALLAH, nantikan kelebihan homeschool buat anak-anak yang akan saya kongsikan bersama dengan izinNya.

http://us10.campaign-archive2.com/?u=6722f923a4d183002e4a4ee0a&id=a00ccdbb28&e=[UNIQID]
Daftar NewsLetter untuk maklumat terkini dan tips-tips menarik di masa yang akan datang!

No comments:

Post a Comment

Ada sebarang pertanyaan? Please ask in the comments or tweet me, feel free to follow my twitter @teachnanie and instagram @teachnanie, inshaALLAH I’ll try to answer it. Thanks