Di sini
Nanie nak sharekan doa-doa untuk dipermudahkan waktu bersalin. Alhamdulillah
Nanie amalkan waktu mengandungkan keempat-empat anak. Selalunya memang Nanie
akan printkan dan simpan dalam beg, senang nak dibawa dan baca ke mana sahaja. Tapi bila waktu nak
bersalin tak henti-henti baca minta izin dari ALLAH. Dengan izin Allah
segalanya dipermudahkan. Bersalin normal atau csec sekali pun bukan kita yang
rancang tetapi kita ikhtiarkan mohon doa kepada ALLAH SWT semoga baby selamat
dan sihat beserta dengan ibunya sekali.
Ini antara doa-doanya yang hendak disharekan dari blog puterijasmin. Sudah lama saya amalkan, baru sekarang terniat hati nak simpan dalam blog.
Antara zikir dan doa yang disuruh
mengamalkannya ialah:
1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah
kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ).
Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.
“ Tiada Tuhan yang disembah
melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku
termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.
“ Tuhanku berilah kepadaku
( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”
Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.
“ Allah telah mencukupi
segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”
Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.
“ Bahawasanya Tuhanku,
ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di
dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke
dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui
olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan
semesta alam.
Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.
Maha Suci Allah
7.
Aku Pohon ampun kepada
Allah
Sentiasa membaca doa ini :
8.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung
akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu
segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu.
9. Surah Al-Ansyiqaq
10.Sentiasa membaca surah
Maryam.
11.Surah An-Nahl: ayat
78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak
mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Semoga segalanya dipermudahkan. InshaALLAH.
No comments:
Post a Comment
Ada sebarang pertanyaan? Please ask in the comments or tweet me, feel free to follow my twitter @teachnanie and instagram @teachnanie, inshaALLAH I’ll try to answer it. Thanks