June 30, 2013

Moments to be a teacher and ummi for the kiddos...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk berkarya lagi. Waktu yang terbaik untuk berkarya apabila anak-anak tidur saya akan berjaga melakukan sedikit aktiviti yang tertangguh & inilah  juga waktu yang sesuai untuk mencari sedikit ketenangan.

Dari hari ke sehari, kemudian berganti minggu, diikuti pula berganti bulan & inshaALLAH niat murni ini untuk mendidik anak-anak sudah sampai ke pertengahan tahun mengajar mereka. Dalam masa yang sama pada tarikh 24/06/2013(Isnin) saya telah menambah seorang lagi pelajar atas sebab-sebab saya perlu buat sesuatu untuk bantu orang lain yang tidak mampu untuk hantar anak ke tadika. Alhamdulillah saya dapat bantu mengajar anak ini secara sukarela. Namanya Muhammad Bin Hisyam. Bijak dan sangat bagus akhlaknya. Katanya dia suka datang belajar di sekolah Teacher Nanie sebab ramai kawan macam Muadz, Umar dan Hamzah. Anak-anak pun gembira dengan kehadirannya. Tidak tergambar semangatnya hendak datang ke sekolah lagi untuk hari-hari esoknya. Saya hanya mampu tersenyum gembira kerana ada juga teman lain yang boleh Muadz, Umar & Hamzah bermain bersama. Itu sahajalah cabaran anak-anak yang bersekolah di rumah kerana tidak ramai kawan selain dari adik beradiknya sahaja. 
Tidak dinafikan ada juga rintangan/dugaan yang mendatang, tapi saya anggap itu cuma dugaan ALLAH nak berikan pada seorang ibu & juga guru yang mengajar anak sendiri di rumah. Apa yang saya pentingkan sekarang agamanya, diikuti dengan akhlaknya & selepas itu akademiknya.    Berharap sangat untuk yang terbaik buat Muadz sebab tahun depan Muadz akan mula sessi untuk sekolah rendah pula. Setiap bulan ada target yang perlu saya capai untuk anak-anak yang telah saya bimbing. Cuma not to get too high expectations pada anak-anak kerana bimbang mereka hilang minat untuk belajar. Lagipun mereka ini kanak-kanak yang sentiasa ingin diberikan perhatian, pujian & kata-kata semangat. Mereka sangat aktif & suka bermain. Alhamdulillah mengikut pemerhatian selama mengajar ini kanak-kanak yang aktif memang cepat pandai, very-very bright...peluang & potensinya banyak dalam dirinya & mereka perlu ekspresikannya melalui pergerakan, percakapan, & sebagainya. Nama pun anak-anak lelaki. Sebab itu anak lelaki semasa dia kecil, memang kena pantau mereka ini atas sebab   jiwa mereka yang sentiasa ingin tahu, hendak mencuba, lasak, aktif & bertenaga. 
Dengan adanya homeschool di rumah saya sebagai ibu/guru dapat mengawal pengaruh negatif dalam persekitaran harian(termasuk media elektronik) dan berpeluang untuk menerapkan sendiri nilai-nilai sebuah keluarga Islam. 
Kalau kita kejar peluang untuk mendidik anak dengan agama dan akhlak yg baik, maksudnya berusaha dari sekarang untuk pastikan mereka jadi anak yg soleh dan solehah, inshaAllah akan menjamin diri kita untuk bekalan amal di akhirat nanti. Kalau kita kejar akhirat, dunia pun akan dapat. Tetapi kalau kejar dunia hanyalah dunia semata-mata~
Bila buat sesuatu keputusan jangan fikir apa orang akan kata, buatlah kerana Allah suka dgn keputusan kita. Alhamdulillah anda akan rasa lebih bahagia.
Muadz buat #Magic.
Ingatlah kalau ibu-ibu yang rasa takut untuk berhenti kerja demi anak-anak, yakinlah ALLAH sentiasa bersama dengan kita. Niat yang baik untuk anak-anak inshaAllah ALLAH sentiasa tolong & pelihara kita. ALLAH dah janjikan iaitu “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya."
Sedikit moment bersama anak untuk saya kongsikan. Anak-anak yang telah menceriakan masa-masa yang terluang ini bersama mereka. 
A 100 yrs from now, it will not matter what my bank acc. was, the sort of house I lived in, or the kind of car I drove... But the world may be different because I was so much important in the life of my children. 

Sedikit selitan untuk yang parents yang berminat:
Jom ajar anak al Quran ketika mereka masih kecil dan banyak masa lapang. Mudah dan kekal InsyaAllah jika kita memasukkan al Quran dalam kehidupan mereka ketika mereka masih ibarat kain putih. Juga sebelum mereka disibukkan dengan alam persekolahan dan kita pula sibuk menyemak kerja sekolah dan menilai keputusan peperiksaan mereka. 



Kanak-kanak boleh menghafal 30 surah terakhir sebelum mereka ke sekolah tadika lagi. Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila layarihttp://www.islamicparentingnetwork.com.my/seminar


Jadual Kursus Mental Arithmetic IPN bagi 

Shah Alam - Julai
Trengganu - September
Penang - September

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila layarihttp://www.islamicparentingnetwork.com.my/mentalmath atau hubungi Puan Norra 0192308994




-Teacher Nanie

No comments:

Post a Comment

Ada sebarang pertanyaan? Please ask in the comments or tweet me, feel free to follow my twitter @teachnanie and instagram @teachnanie, inshaALLAH I’ll try to answer it. Thanks