Alhamdulillah, diberi peluang untuk
menulis blog yang tidak seberapa. Tidak tahu kenapa minat menulis datang
tiba-tiba, mungkin sudah tiba masanya tanam impian nak buat buku sendiri agaknya. Anyway, terlalu banyak untuk dikongsikan bersama semua tentang
homeschool preschool yang telah dimulakan.
So, bagi yang tidak berpeluang untuk
membaca ‘Mulakan homeschool preschool anda sendiri-Part 1, bolehlah refer
pada link ini.
Part 2
Sebenarnya, kalau nak diikutkan the path
of my life was so amazing. Allah itu memang maha penyayang & dia lebih tahu
apa yang terbaik untuk umatnya. MasyaALLAH. Tidak pernah menyalahkan takdir
ini. Keputusan untuk berhenti kerja memang tidak pernah dirancang &
terlintas dalam diri tetapi oleh kerana ingin menjaga, mendidik &
membimbing anak² sepenuhnya memang itulah yang muktamad untuk mereka. Dan ya sekarang ini, memang sepenuh masa buat
semua ini demi anak2.
Sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan pagi²
akan hantar Muadz & Umar untuk pergi ke tadika. Dan entah macam mana mungkin
Allah hendak beri petunjuk, yang daripada mengambil & menghantar mereka ke
sekolah tadika, better for me to transform myself to be a teacher. Alhamdulillah,
sebelum ini memang telah dianugerahkan waktu yang sangat best/ my ample time
which is tidak ada pada orang lain, terlalu banyak sangat waktu untuk menguruskan
hal rumah & kemudian berehat sahaja di rumah bersama anak(Hamzah-1 year++).
Sebenarnya memang sudah pun register Muadz
& Umar ke sekolah Tadika Islamic, tetapi entah macam mana, sesuatu terjadi
& Allah telah berikan kesulitan kepada kami sekeluarga. Namun apa yang
terjadi, I’ll take it as a positive way. Berserah & yakin bahawasanya Allah
nak tunjukkan sesuatu pada aku ini? Selalu berdoa & berdoa, tunjukkan aku jalan
yang patut aku lalui & tempuh. Hendak dijadikan cerita, hubby telah
menyuarakan pendapat suruh take full charge to be a full time mother & also
teacher to my children. At first, it was not my intention at all. Sebab
intention sebenar memang menjadi seorang ibu sahaja? But when my hubby gives me
full words of encouragement & tells me that this is the time to prove it.
So, I’ll take it as a challenge for myself. It was great experience, since my hubby’s
previous job was a trainer & my mother use to be a great teacher, now
already pencen. I really salute, adore & respect them so much. I always
wanted to be a teacher ever since lahirkan Muadz at that time and now dreams
come true, I am a part of so called like teacher at school, which is currently
operated at home. How nice isn’t it?
What did I do to make it happen?
I always wanted the best for my children,
so I planned out everything. Benda pertama yang telah dibuat ialah:-
1.
I created Islamic Preschool
a)
Study the syllabus for Muadz(6 years old) & Umar(4
years old).
b)
Make a proper schedule
c)
Create a great & fun classroom
d)
Make sure the stationery equipped, got table & chair
2.
Refresh my memory to be confident & look more
energetic. Bertanyakan pada hubby what’s the best way to teach the kids.
3.
Academic
a)
Syllabus Muadz- English, Malay, Bacalah Anakku, Jawi, Arab,
Juz Amma, Mathematics, Science, Arts & Iqra with Solat guidance
b)
Syllabus Umar -English, Malay,Bacalah Anakku, Jawi, Arab, Juz
Amma, Mathematics, Science, Arts & Iqra with Solat guidance (the same like
his big brother Muadz)
4.
Mengikut seperti yang telah dirancangkan. Kira macam
lakonan hari Isnin-Jumaat
a)
During the class that started from 8.30am-12pm, they need
to call me Teacher Nanie(compulsory). After class, they can call me Ummi.
b)
Wear school uniform/ attire, & school sportswear.
Normally pakaikan the previous tadika’s uniform. If let say the uniform cannot
be used, will prepare the new uniform & sportswear. The color will be
purple.
c)
Teacher Nanie akan pakai cantik-cantik, macam I used to wear it
masa kerja di TM & Vads dulu. Which is the proper one will be Baju kurung,
hehe. Kalau nak tahu I will berhias cantik-cantik, mesti tak percayakan? But that’s
the way I love to appear in front of my students aka my kids. I love the way I
acted with them. Anak-anak I pula memang suka layan my way. Nampak lebih professional.
Bila my students Nampak my appearance I would say that mereka akan lebih minat untuk belajar macam di sekolah.
d)
I prepare the breakfast, snack time & lunch
e)
Teacher Nanie & Ummi have different character. Example,
if Teacher Nanie di sekolah akan lebih tegas, lebih kepada menimbulkan mood fun
di dalam kelas. But Ummi lebih banyak kepada sifat keibuan, normally suka
membebel, but now sudah lebih matang. Sentiasa memperbaiki diri untuk belajar
the good parenting way to educate my lovely kids. Lebih supportive, tidak banyak
mengkritik/ menyindir, memberi kata2 pujian, membimbing & mendidik mereka.
f)
Setiap kali masuk waktu akan mengajak anak-anak solat.
Alhamdulillah, mereka dah pandai solat cuma biasalah kalau my kids solat banyak
bergerak & bermain. Tapi at least mereka solat. My youngest one, Lil’
Hamzah yang umur 1 year 5 months dah pandai ambil wudhu ikut abang-abangnya.
Kelakar-kelakar...
g)
Dalam masa yang sama, ajar sivik/ akhlak dalam Islam,
bercerita tentang sejarah Islam & sifat yang tidak elok ada pada Syaitan/
Iblis. Dan juga tentang sifat ketuhanan yang ada pada ALLAH S.W.T
5) Habis Class, then?
a)
Normally tak galakkan my kids watching TV or main toy. I
rather asked them to read lots of book. Always nak dedahkan pada my kids the
great impact if you read more books. Asked them to love & enjoy reading
books. Bawa my kids to the library, bookstore & anywhere that got lots of
book like what we have @ our classroom. At the same time, nowadays I get the
chance to read more books. Best sangat-sangat. We have targeted that this year we
will read 36 books. Wow, build the love of reading!!!
b)
Semua aktiviti will try as much to get them involve. Suruh gardening
or siram pokok bersama. Masak bersama, buat kek/ cookies/ pastries together. Bersihkan
rumah & many more.
Ok, I think better stop here. Untuk semua parents di luar sana kalau anda diberi peluang, apa yang nak sangat anda buat yang terbaik untuk mereka. Imagine kalau mereka boleh bercakap, percayalah yang sebenarnya mereka hanya perlukan masa anda untuk bersama, pernah terfikir tak? Besar
pengorbanan kalau yang berjaya tolak segala2nya untuk buat yang terbaik untuk
mereka ini. Just ingat, bila kita bersibuk² untuk mereka waktu kecil ini,
inshaALLAH waktu kita dah tua nanti mereka akan sibuk untuk mencari/ meluangkan
masa dengan kita. Percayalah!
Anyway sesiapa nak bertanya atau apa pun, inshaALLAH I boleh berikan pandangan &
tunjuk ajar macam mana nak homeschool anak-anak anda sendiri. Kalau ada apa-apa yang
boleh dikongsikan kepada I pun amat berbesar hati juga. Follow my twitter @teachnanie . Terima kasih kerana sudi membaca
sampai ke peranggan ini. Wait for our next part. InshaALLAH soon...
Wassalamualaikum(^-^)\/