March 19, 2013

Mulakan islamic homeschool preschool anda sendiri? Part 1




Assalamualaikum w.b.t. 

Alhamdulillah, berjaya membuat blog ini walaupun sibuk dengan tugasan harian sebagai seorang ibu & teacher. Syukur ke hadratNya. Bagi semua kaum² ibu di luar sana yang hendak homeschool anak², tetapi belum bersedia untuk teruskan tak mengapa niat dalam hati, inshaAllah Tuhan akan beri jalan. Moga segala tanggungjawab & amanah Allah akan kita buat yang terbaik untuk membentuk peribadi & rohani mereka menjadi seorang khalifah Allah. Saya tahu, kalau saya & ibu² yang lain boleh buat, tidak mustahil anda juga boleh teruskan niat. InshaALLAH.


Homeschool anak² tidak susah mana pun.

My goal for today is to convince you that you all can do it. (Yes, you can!)  Bukan semua orang ada option nak buat homeschool anak² sendiri. Kalau hati berat sangat pada anak², apa salahnya. Lagipun ianya bukan sesuatu yang susah untuk anda lakukan.
Berdasarkan sedikit pengalaman yang ada, I just want to share that I've 3 kids, all boys. My eldest son 6 years, 2nd son already 4 years & the youngest is 2 years. But I was trying & still learning to be a great parents for my kids. It' not an easy job to raise them, get them to be more disciplined. In other words for me, hey you can do it. My motivations all the day was always the best for my kids. Merekalah peninggalan harta akhirat saya nanti. Ok now, back to the topic.


Preschool skills

1. Life Skills/ Character – always let them know that her mother & Allah love them very much. Memberi penekanan tentang bersabar dalam segala hal, patuh pada arahan, sharing, being helpful & kind, ajar tentang yang mana baik & yang mana Allah larang, penekanan tentang Syaitan & Iblis(supaya mereka benci pada Syaitan & Iblis laknatullah), having a good manners & sentiasa respond bila mendengar segala arahan, at least say ‘yes ummi’(say something rather than keep silent). Last sekali eat healthy & nutritious food.

2. Academic - Pre-Reading – understanding of language, rhyme, and ideas; love books and reading; bercakap & berkongsi idea; ABCs Pre-Handwriting. 
Math Skills – Apa saja yang boleh mereka faham dengan nombor. Contohnya time, temperature, calendars and days of week, months, years, height, weight, cooking measurements. 

3. Mulakan dengan rutin harian
Before plan out to start the school, you need to follow this routine. Guideline for your day. But make sure you need to toilet trained them if dah sampai ke peringkat umur 3 atau 4 tahun. Ianya sangat memudahkan kerja bila nak handle mereka nanti. Cuma mungkin ambil masa seminggu sahaja untuk lepaskan anak² untuk tidak memakai pampers sepenuhnya.

Waktu tidur & bangun – Katakanlah anda mempunyai 2 orang anak, seorang 4 tahun & seorang lagi baby. Make sure, mereka tidur waktu yang sepatutnya. Kalau boleh biar tidur seawal yang mungkin at least pukul 9.30mlm semuanya sudah terbaring di atas katil. Disiplinkan waktu tidur & bangun awal subuh untuk ajak solat bersama. Make sure juga, selepas lunch & solat , waktu tengahari itu mereka tidur sekadar take a nap pun dah cukup bagus. Kalau tidak tidur pun, at least baring di atas katil sambil membaca buku or main secara senyap. Tujuannya ialah untuk anda berehat seketika selepas penat melakukan aktiviti mengajar & memasak. 

Waktu makan – Buat schedule untuk prepare healthy meals (Makanan yg berkhasiat-bak kata my eldest son, Muadz :). Apa² sahaja yang realistik selagi kita kreatif untuk menyediakan makanan untuk anak². Katakan waktu makan lunch pada pukul 11pagi. Boleh letak half an hour untuk sebelum & selepas preparation & mengemas meja atau pinggan mangkuk sebelum & selepas & ajaklah anak² untuk menolong sama. Seolah² ianya ada dalam pakej mereka bersekolah di rumah. Saya lebih memberi penekanan yang mereka bersekolah di sekolah, walaupun ianya di rumah.

Sentiasa mengajak untuk menolong di dapur


Kadang² ada waktu yang anda perlu keluar untuk membeli barang groceries. Selalunya carilah waktu 2 kali seminggu, at least waktu yang cukup sesuai untuk bawa anak bersama ataupun bolehlah tinggalkan mereka di rumah atok/ nenek mereka. Tetapi, apalah salahnya kalau bawa sekali anak² sebab boleh buat aktiviti membaca huruf pada signboard yang ada di atas jalan raya, ataupun bila dah sampai di supermarket bolehlah tunjukkan jenis buah , ikan, dan sebagainya supaya mereka sentiasa ada sessi pembelajaran tak kira di mana & ke mana anda bawa mereka.

Okay, cukup sampai situ dulu pengenalan tentang homeschool preschool macammana yang telah saya lakukan sekarang. So lepas ini mesti anda merasakan schedule anda sudah lebih sibukkan? Waktu memang sentiasa tidak cukup kalau kita tak gunakan dengan sepenuhnya, betul tak? Untuk anak² ini sentiasa adakan proses untuk belajar apa jua topik yang boleh kita sampaikan all the time.

Last sekali make sure limitkan penggunaan skrin di rumah, termasuklah TV, computer & handphone. Sebabnya semuanya ini sangat melalaikan anak². Kalau boleh limitkan hanya pada hari minggu sahaja mereka boleh tengok TV. Anda akan rasa perbezaannya sangat ketara bila mana mereka akan lebih rapat dengan anda sebab banyak masa bersama. Saya juga sentiasa suka mengajak mereka solat bersama. Nanti saya akan beritahu cara² untuk mengajar anak² solat dalam blog entry yang lain ok.




InshaALLAH akan dikongsikan cara² untuk mengajar pada anak² yang telah dipraktikkan sendiri. First steps yang saya boleh bagi untuk betul² homeschool mereka, make sure anda sudah prepare mentally & physically untuk membimbing, mengajar & mendidik mereka.

Anda hanya kena make sure yang anak² anda sentiasa tidak hilang minat & berani mencuba dalam segala segi topik, boleh berinteraksi, bermain bersama, ajarkan adab sopan yang kita boleh teladani daripada Rasullah SAW, inilah serba sedikit experience yang boleh diceritakan supaya anak2 kita menjadi anak yang baik & soleh. Amin

So, itulah dia serba sedikit informasi secara sukarela saya boleh berikan, anda boleh lakukan homeschooling ini di rumah, percayalah. Just be confident! 


Senangkan? I know you able to do it for the sake of your kids. Carilah masa unuk mereka walau beberapa minit sekalipun, kerana mereka akan mencari jalan untuk sentiasa bersama dengan kita nanti. InshaAllah.

Jika ada sebarang pertanyaan? Please ask in the comments or tweet me, my twitter @teachnanie and inshaALLAH I’ll try to answer them.