March 25, 2016

Soft Yummy Pretzels Recipe

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya tidak pernah terfikir langsung untuk pernah cuba membuat pretzel sendiri. Kami sekeluarga kalau keluar ke shopping mall mesti akan beli Pretzel Auntie Anne's untuk di bawa balik dan makan di dalam kereta sementara untuk sampai ke rumah. Memang jadi favourite kami anak beranak disertakan dengan set yang ada sekali dengan air lemonade. Almaklumlah, keluarga kami ramai dan kuat makan pula, jadi macam rasa tidak puas makan Pretzel yang dibeli.

Suatu hari, suami saya paksa saya buat Pretzel sendiri, dia kata bila lagi nak cuba? Jadi bila suami saya insist untuk buatkan sama macam Auntie Anne's so saya cuba buat sendiri, google resepi yang sesuai dengan jiwa saya. Akhirnya, hari itu juga saya terus cuba resepinya. Oklah untuk tidak panjang cerita, saya kongsikan resepinya seperti di bawah.

Credits from Allrecipes.com

Credits from Allrecipes.com



Bahan-bahan
























Cara-cara


  • Prep
  • Cook
  • Ready In

    1. Di dalam mangkuk yang kecil, letakkan yis dan larutkan kesemuanya dengan 1 sudu kecil gula ke dalam 1 1/4 cawan air suam. Dikacau bahan itu semuanya sehingga ianya menjadi creamy, dalam masa 10 minit. 

    1. Di dalam mangkuk yang besar pula, campurkan kesemua tepung gandum, campurkan 1/2 cawan gula, dan 1 sudu kecil garam. Buat satu lubang di tengahnya; campurkan minyak sayuran dan juga campuran yis tadi. Campurkan dan uli sehingga menjadi dough. Jika campuran itu kering, tambahkan satu ke dua sudu besar air masak. Uli dough sehingga lembut, dalam 7 ke 8 minit. Sediakan mangkuk yang besar dan diletakkan minyak sekeliling mangkuk tersebut, kemudian bolehlah masukkan dough yang lembut itu tadi ke dalam mangkuk yang berisi minyak yang sudah diratakan di keseluruhan mangkuk besar itu tadi, letakkan kain bersih yang lembap untuk menutup mangkuk itu tadi. Jika ada plastik wrap lebih bagus dan biarkan dough tersebut berada dalam suhu bilik untuk jadikan dough itu naik dan lebih kembang, dalam masa 1 jam.

    1. Panaskan oven ke 450 degrees F (230 degrees C). Ratakan butter di permukaan membakar(lebih elok gunakan aluminium foil untuk senang proses untuk membersih dan mengemas).Di dalam mangkuk yang besar, larutkan baking soda ke dalam 4 cawan air panas, letak tepi. Apabila dough sudah naik kembang, ambil dough tersebut dan letakkan di atas taburan tepung yang sedikit dan bahagikan kepada beberapa pieces yang dikehendaki.  Roll kesemua piece menjadi tali dan twist menjadi bentul pretzel. Setelah kesemua dough sudah dibentuk, celup kesemua pretzel ke dalam air larutan panas baking soda dan letakkan pretzel di atas permukaan membakar. Letakkan kuning telur di permukaan atas pretzel dengan rata. Akhir sekali, taburkan kosher salt/ garam yang halus di atas pretzel.












    1. Footnotes
    2. Tip
    3. Aluminum foil digunakan untuk memastikan makanan lembut, masak lebih rata, dan senang untuk proses mengemas.
    4. Jadi, selepas semuanya siap bolehlah dihidangkan untuk di makan bersama. Kalau nak makan begitu sahaja pun sedap. Kalau saya, tak letak garam pun atas pretzel, saya suka rasa original manis-manis gitu dan boleh dip dengan chocolate spread, kaya, strawberry, caramel, cheese dan sebagainya. Sekarang saya sedang belajar nak buat perasa Sour Cream and Onion...favourite saya tu.
    5. Credit from Allrecipe.com

      Credit from Allrecipe.com


      Selamat mencuba semua! 
    6. Nanti bila sudah cuba jangan lupa bagitahu atau sharekan gambar Pretzel anda semua ok. Dapatlah makan portion yang banyak dengan harga yang jauh lebih berbeza dari Auntie Anne's lepas ini kan. Boleh simpan dan bawakan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Lepas dah berjaya buat pretzel mesti boleh terus apply buat bun dan roti lepas ini pula ok....
    7. Regards,
    8. Ummi Nanie

No comments:

Post a Comment

Ada sebarang pertanyaan? Please ask in the comments or tweet me, feel free to follow my twitter @teachnanie and instagram @nurhananisharuddin, inshaALLAH I’ll try to answer it. Thanks