June 19, 2015

DOA, ZIKIR DAN AMALAN MEMUDAHKAN BERSALIN

Di sini Nanie nak sharekan doa-doa untuk dipermudahkan waktu bersalin. Alhamdulillah Nanie amalkan waktu mengandungkan keempat-empat anak. Selalunya memang Nanie akan printkan dan simpan dalam beg, senang nak dibawa dan baca ke mana sahaja. Tapi bila waktu nak bersalin tak henti-henti baca minta izin dari ALLAH. Dengan izin Allah segalanya dipermudahkan. Bersalin normal atau csec sekali pun bukan kita yang rancang tetapi kita ikhtiarkan mohon doa kepada ALLAH SWT semoga baby selamat dan sihat beserta dengan ibunya sekali.

Ini antara doa-doanya yang hendak disharekan dari blog puterijasmin. Sudah lama saya amalkan, baru sekarang terniat hati nak simpan dalam blog.

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:



1.



“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”


2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.




3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”


Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”



Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,



Kemudian pula :
5.


“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.


Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

6.
Maha Suci Allah

7.
Aku Pohon ampun kepada Allah


Sentiasa membaca doa ini : 

8.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


                                          أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki

* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu.

9. Surah Al-Ansyiqaq


10.Sentiasa membaca surah Maryam.

11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.



Semoga segalanya dipermudahkan. InshaALLAH.

No comments:

Post a Comment

Ada sebarang pertanyaan? Please ask in the comments or tweet me, feel free to follow my twitter @teachnanie and instagram @nurhananisharuddin, inshaALLAH I’ll try to answer it. Thanks