June 12, 2013

Didik anak hafal Al-Quran

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, berkesempatan untuk menulis & berkongsi serba sedikit ilmu untuk kita sama-sama boleh guna pakai semestinya yang terbaik kepada anak-anak kita. InshaALLAH.
Penguasaan awal Al-Quran pada anak-anak adalah salah satu cara untuk membentuk mereka menjadi genius ilmuwan Islam. 

Sekiranya Kita Merujuk Kepada Kejayaan Ilmuan Islam Di Zaman Kegemilangan Islam Dahulu, Majoritinya Adalah Penghafaz Al-Quran. Ini Adalah Bertepatan Dengan Hadis Nabi S.A.W Yang Menggalakkan Agar Kita Mengajar Anak-Anak Membaca Al-Quran.

"Yang Paling Penting Adalah Menghafal Al Quran,Kerana Ia Adalah Ilmu Terpenting, Bahkan Para Salaf Tidak Mengajarkan Al-Hadis Dan Fikih Kecuali Yang Telah Hafal Al Quran" (Imam Nawawi).

Di kesempatan inilah tugas saya sebagai seorang ibu & guru kepada anak-anak telah membuatkan rasa terpanggil untuk terus belajar sesuatu yang lebih bermanfaat iaitu menghafal Al-Quran yang saya kira memang sangat peri penting kepada diri sendiri & juga pendekatan kepada anak-anak juga. Sebelum ini niat hendak mengaji Al-Quran untuk betulkan bacaan mana yang panjang & pendek  & mungkin sebutan yang lebih jelas boleh diperbetulkan oleh seorang Guru yang bertauliah seperti Ustaz/ Ustazah. Tetapi, Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hambanya. 
Alhamdulillah dengan usaha mak & ayah saya dahulu kerana berjaya masukkan saya ke sekolah agama, belajar mengaji dengan ramai ustazah yang telah dipanggil datang ke rumah untuk belajar mengaji, kenal dengan ustazah yang tidak kurang hebat juga dahulu waktu zaman sekolah rendah untuk menghafaz Surah Yasin (Cikgu Zabedah, jika tidak silap namanya). Dan Alhamdulillah saya boleh membaca & mengaji dengan lancar. Tetapi bukanlah bererti bila saya sudah pandai membaca/ mengaji saya harus berhenti begitu sahaja. Itulah apabila niat yang Baik itu ada, Allah akan datangkan sesuatu yang Baik juga untuk hambanya. Dijadikan cerita, Alhamdulillah ibu mertua telah mengajak saya untuk turut serta dalam Kelas Hafazan di Masjid berdekatan rumah pada setiap hari minggu, Sabtu. 

Sekarang sedang berusaha untuk menghafal Surah Al-Mulk sepenuhnya yang mempunyai 30 ayat, mengambil masa hanya dalam 10 minit untuk habiskan 1 surah. InshaALLAH. Rasa memang sangat seronok bila masuk kelas Hafazan ini. Diri lebih dekat lagi pada ALLAH sebab setiap minggu kita kena baca Al-Quran maka setiap hari saya memang akan menghafal Al-Quran & masa di dalam kelas orang lain dengar sebutan & bacaan kita sama ada betul atau tidak sebutan & tajwidnya. Mana bacaan yang tidak betul diperbetulkan oleh Imam Masjid/Ustaz. InshaALLAH kemudian bacaan lebih baik dari yang sebelum ini terutama sekali waktu di dalam mengerjakan solat. 

Bacaan Surah Al-Mulk yang saya dengar & ikut tidak lain tidak bukan oleh Imam Mishary Rashid Al-Afasy dari Youtube.



Alhamdulillah saya dengar tiap-tiap hari untuk bagi lebih lancar & lebih senang untuk ingat dengan mengikut pembacaan seperti Al-Mishary. Tempoh hari, bila disuruh membaca Surah Al-Mulk di dalam kelas Hafazan, saya telah baca sama macam Al-Mishary. Alhamdulillah, lebih lancar & lebih penghayatan kerana sudah tahu maksud ayat-ayatnya. Ini juga didorong oleh suami yang lebih sukakan saya membaca ikut Al-Mishary & suami akan membetulkan mana bacaan yang tidak betul sebutannya. Selebihnya Ustaz akan beritahu mana yang kurang tepat bacaan panjang pendek & dengung mengikut tajwid.

Sebenarnya, blog kali ini bukanlah berkisah sangat kepada saya, tapi lebih kepada anak-anak saya. Alhamdulillah, bila sudah buka video youtube Al-Mishary hari-hari. Anak-anak pun dengar sampai boleh ikut serta untuk baca bersama. Cuma Hamzah seolah-olah menyebut cuma tidak tahu apa yang dia hendak cakap (belum boleh pandai bercakap lagi). Tapi naluri saya kuat mengatakan yang anak saya Hamzah yang berusia 1 tahun 6 bulan ini seolah-olah sedang ikut saya menghafal sekali. Muadz & Umar pun suka dengar & tengok video youtube ini kerana ada banyak paparan gambaran tentang ciptaan Allah yang sangat tidak terkata untuk diperjelaskan. Lihat sendiri bersama anak-anak anda nanti. InshaALLAH mereka akan sukakan video ini. Lagipun inilah sahaja cara memulakan pendidikan Al-Quran pada anak-anak saya. 
Sebenarnya, bayi yang baru lahir adalah umpama buku kosong yang sedia untuk ditulis apa-apa pelajaran yang didedahkan kepadanya. Menurut kajian Sains, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak sudah menyamai 80% otak dewasa. MashaALLAH.
Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah kualiti dan kuantiti didikan yang ibubapa mereka dedahkan di waktu usia kritikal ini. Kanak-kanak jika didedahkan lebih awal, mampu mempunyai 3 kemahiran iaitu mengenal huruf, membaca dan menghafal Al-Quran pada umur seawal 3 tahun. Kemahiran yang diperolehi ini akan meningkatkan IQ otak mereka dan akan mempengaruhi daya berfikir dan daya menyerap pelajaran/ilmu, bila mereka dewasa nanti. Ia diibaratkan seperti 'BRAIN TRAINING' yang akan menghasilkan daya konsentrasi, fokus, kreativiti dan kelajuan berfikir yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Video yang sangat elok untuk kita praktikkan pada anak-anak.




















Abu Hurairah R.A. Meriwayatkan Secara Marfu' : "Siapa Yang Mempelajari Al Quran Ketika Masih Muda, Maka Al-Quran Itu Menyatu Dengan Daging Dan Darahnya. Dan Siapa Yang Mempelajarinya Ketika Dewasa, Ilmu Itu Akan Lepas Darinya Dan Tidak Melekat Pada Dirinya, Maka Dia Mendapatkannya Pada Hal Dua Kali". (Diriwayatkan Oleh Baihaqi, Dailam Dan Hakim)
Mengajar Al-Quran kepada bayi dan kanak-kanak adalah berbeza dari mengajar orang dewasa. Mengajar kanak-kanak perlu lebih kreatif dengan memahami dunia kanak-kanak yang perlu bermain. Sebagai contoh, bayi setahun lebih akan memaksa ibubapa kreatif dalam mencuri tumpuannya untuk menyebut setiap flashcard yang ditunjukkan kerana pada waktu ini mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai 'kerja'nya sendiri. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Anak lelaki dan anak perempuan mempunyai cara belajar yang berbeza, Berbanding dengan anak perempuan, anak lelaki lebih nakal dan kurang daya tumpuan. Masalah pelat juga lebih dialami oleh kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Jika ibubapa mempunyai anak yang pelat, bersegeralah ajarkan mereka Al-Quran kerana ia adalah 'speech therapy' bagi kanak-kanak tersebut. 

Mengikut kata pakar, bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak pelat, ibubapa perlulah bercakap dengan bulat dan jelas pada mereka selalu. Dalam kesibukkan, ibubapa selalunya tidak berkesempatan untuk berbuat begitu selalu setiap kali kita bercakap. Maka, jika ada anak pelat, segeralah ajarkan mereka Al-Quran kerana Al-Quran itu perlu dibaca dan disebut dengan betul maka dalam proses mengajarnya, kita menyebutnya dengan bulat dan jelas, menyebabkan pelat mereka hilang secara berperingkat.

Mengajar Iqra & bacaan Al-Quran di  homeschool preschool sendiri.
Rasululullah pernah bersabda:"Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!" (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).

Sememangya ini telah dibuktikan dalam sains bahawa jalinan saraf neuron otak pada kanak kanak sangat aktif dimana pada 3 tahun pertama bayi, sejumlah 300 trillion sel penghubung diwujudkan di dalam otak dimana sebelumnya tiada.
Mendidik anak untuk menghafal Al-Quran dari kecil bukanlah satu perkara yang mustahil. Sebagai contoh, Adik Darwisya Adrianna Rojali telah pun mendapat Sijil Hafazan 30 Surah Terakhir pada umur 3 tahun. Adik Darwisya adalah penerima sijil yang termuda semasa konvokesyen dan dalam sejarah Akademi Darul Huffaz yang berlangsung di Putrajaya pada 2 tahun lalu. Selepas itu beliau mula menghafal surah-surah pilihan.
3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al Quran
Adik beradik, Darwish & Darwisya yang berjaya menghafal Al-Quran.

Kepada semua ibubapa marilah kita tanamkan visi untuk membudayakan pendidikan awal Al-Quran pada anak-anak kita. Ianya menjadi suatu harapan untuk melihat anak-anak kita sendiri di usia yang sangat muda, sudah dapat menguasai Al-Quran dan seterusnya membentuk masyarakat Islam kuat pegangan Al-Qurannya. InshaALLAH. 



1 comment:

  1. Terima kasih ats perkongsian. Saya pun dlm proses menghafal. Dan dlm proses jugak mengamalkan setiap hari:)

    ReplyDelete

Ada sebarang pertanyaan? Please ask in the comments or tweet me, feel free to follow my twitter @teachnanie and instagram @teachnanie, inshaALLAH I’ll try to answer it. Thanks