Bila adakan homeschool sendiri ni memang perlukan banyak kesabaran untuk mengajar, mendidik dan bimbing anak-anak.
Anda pernah dengar/tahu kan kalau nak menyuruh keldai jalan cepat, rotan/whip kan? And satu lagi ialah untuk menyuruh kuda mara ke depan, berikan carrot. Pasti dia akan maju ke hadapan. Ini ialah 2 teori yang nak disharekan:
1.whip
2. carrot.
Bila part nak suruh anak buat homework, macam mana reaksi anak, sangat susah atau tidak? So inilah yang saya nak maksudkan, nak ikut cara whip atau carrot. Kalau 'cara whip' ialah rotan/jeritan/mulut bising/ membebel or yang sewaktu dengannya dalam erti kata lain ialah cara yang sangat negatif atau tidak elok untuk anak-anak kita.
Ok untuk 'cara carrot' ianya lebih kepada nak suruh buat sesuatu tetapi diberikan rewards(motivasi) supaya sesuatu yang disuruh akan disudahkan dengan bermatlamat. Dapat sesuatu tidak semestinya wajib keluarkan duit, berikan rewards apa yang anak suka. Faham kan apa yang saya sampaikan?
Imagine kalau kita gunakan approach yang pertama tadi iaitu whip, sudah pasti anak anda end up akan menangis, lembik/ malas, tiada semangat untuk buat tetapi sebab kita marah, kita rotan, kita berkasar dengan anak itu tadi akhirnya siap juga homework itu tapi kesannya pada masa akan datang macam mana agaknya? Pasti anak akan rasa tidak seronok dan akhirnya itu yang mematahkan semangat dan tiada motivasi untuk siapkan kerja sekolah.
Tapi kalau cara yang kedua tadi iaitu 'carrot'. Kita bagi dia galakkan untuk siapkan homework seperti buat sesuatu tetapi dia akan dapat rewards pasti anak itu lebih cenderung untuk teruskan dengan rasa rela hati. Dalam masa yang sama kita dapat develop character yang bagus untuk anak itu tadi seperti honesty, leadership, kekemasan, disiplin, dan banyak lagi. Selalulah berborak dengan anak anda walaupun kita rasa umur dia tak matang lagi. Jangan limitkan pemikiran mereka. Bagi parents yang telah lama gunakan 'cara whip marilah sama-sama berhijrah kepada 'cara carrot'. Memang kadang-kadang kita as a parents kita ada high expectations terhadap anak kita, tapi jangan risau bila kita applykan cara carrot inshaAllah anak akan lebih excel walaupun dia lambat sekali pun, terima seadanya tahap pencapaian mereka, jangan bandingkan diri kita dahulu dengan mereka. The past is always past! Kita wajib bentuk dengan character yang elok-elok. Apa yang anda applykan sekarang membentuk character mereka 20 tahun yang akan datang. Kalau kita nak kitaran yang bagus, kita kena mulakan dari sekarang untuk membina peribadi anak-anak itu sendiri. Just sharing
No comments:
Post a Comment
Ada sebarang pertanyaan? Please ask in the comments or tweet me, feel free to follow my twitter @teachnanie and instagram @teachnanie, inshaALLAH I’ll try to answer it. Thanks