Assalamualaikum.
Terima Kasih di atas kesudian membaca blog saya walaupun banyak kekurangan yang ada pada diri ini. Moga ALLAH sentiasa merahmati semua para pembaca blog ini. InshaALLAH. Alhamdulillah kali ini terpanggil untuk berblog tentang Mengajar Sendiri di rumah untuk Mental Arithmetic. Semenjak mengajar anak sendiri dirumah atau lebih sedap disebut dengan istilah homeschool ini pelbagai cara untuk saya pastikan Muadz, Umar dan Hamzah seperti anak-anak lain. Walaupun mereka tidak ada ramai kawan seperti di tadika/ nurseri, tetapi inshaALLAH saya yakin mereka telah diberikan didikan, bimbingan dan kasih sayang yang saya cuba curahkan tanpa batasan.
Mungkin sekarang atau kebelakangan ini saya agak sibuk menguruskan urusan bisnes, pekerja-pekerja dan dalam masa yang sama juga telah memilih untuk homeschoolkan anak saya sendiri walaupun saya tahu saya sangat sibuk dengan urusan kerja. Tetapi Alhamdulillah, saya ada assistant teacher yang boleh tolong pantau anak-anak. Saya telah berikan pendedahan yang sewajarnya/ tunjuk ajar bagaimana dan jalan yang terbaik untuk anak-anak saya dapat terutamanya dari segi makan minum, perhatian untuk mereka dan juga pendidikan yang sepatutnya kepada teacher tersebut untuk sampaikan. Dari masa ke semasa saya akan lihat apa progress/ jadual kehidupan tentang anak-anak saya. Sampai macam itu sekali. Memang dashyatkan?...Bak kata suami saya, semuanya saya buat kerana ALLAH. Yakin dan tawakal. Ganjarannya kita tidak tahu macam mana, tapi saya serahkan pada DIA.
Kadang-kadang saya ini rasa risau sangat macam seolah-olah saya telah buat eksperimen pada anak-anak saya. Tapi sebenarnya tidak...saya cuba jadi seorang parents/ teacher dan saya juga adalah segala-gala buat mereka. Semenjak Muadz dinilai dari segi peperiksaan untuk kelayakan masuk Sekolah Agama Al-Amin tempoh hari dan penantian result untuk Muadz tidaklah terlalu memberi harapan yang tinggi buatnya cuma ingin tahu tahap kemampuan dan penilaian secara terperinci kredibiliti Muadz menjawab soalan-soalan peperiksaan itu sahaja. Alhamdulillah dia lebih kepada Matematik, Doa, Hafazan Al Quran, Akhlak dan juga Jawi. Bersyukur sangat dia mampu juga buat walaupun kadang-kadang kalau orang lain tengok mungkin saya gagal untuk mengajar Muadz, tetapi apa yang saya nampak ialah suatu pendedahan yang baik untuk saya dan juga Muadz. Pendedahan yang baik selepas menduduki peperiksaan kelayakan tersebut ialah saya akan fokuskan lebih pada pendidikan yang dia lemah. Pada Muadz pula, secara positifnya dia rasa lebih confident untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain yang telah dipanggil untuk menduduki peperiksaan tersebut dalam erti kata lain untuk masuk Sekolah yang sama.
Ajar anak mengenal nombor |
Umar hanya pandai mengikut garis titik-titik untuk menulis dengan pantas |
Sebenarnya blog ini lebih untuk menceritakan tentang Mental Arithmetic. Kalau boleh saya hendak berikan segala ilmu untuk anak-anak saya daripada saya/ suami saya sendiri. Kerana memang kami berdua cuba lakukan yang extraordinarily lebih lagi buat anak-anak kami sendiri. Dalam hati ini kalau boleh dah rasa macam tak mampu nak mengajar/ pantau anak, sampaikan ada rasa macam 'hentikan sahajalah nak mengajar anak, kau kan sibuk, lagipun kau dah gagal. Anak kau bukan pandai pun?' tapi itu mungkin bisikan syaitan. Saya ada peluang, saya boleh cari masa, dan saya boleh buat perancangan dengan teratur dan sistematik untuk pastikan mereka dididik, dibimbing dan diberikan perhatian sepenuhnya. MasyaALLAH, mungkin suatu benda yang berat. Tapi Allah tidak akan berikan sesuatu itu tanpa kemampuan hambanya sendiri. Maksudnya memang saya mampu dan boleh ajar anak saya sehingga berjaya walaupun kemampuannya tidak sama standard macam budak sekolah pandai. Tapi saya yakin, ibu itu sendiri kena rajin dan bijak, selepas itu barulah anak kita pun akan ikut daripada sikap yang kita telah curahkan. Kena selalu buat, buat dan buat sampai jadi. Samalah macam kita cakap benda yang berulang-ulang kali pada anak-anak kecil, tetapi anak itu masih lagi lakukan benda yang sama. Dah cukup 500 kali kemudian baru dia sedar dan mengikut arahan. Samalah dengan proses untuk mengajar anak-anak, jangan cepat give up, biar buat sampai berjaya. InshaALLAH.
So, saya ini pula duduk survey hendak hantar anak ke kelas-kelas Mental Arithmetic yang telah sedia ada atau pun mengajar sendiri di rumah tentang Mental Arithmetic. Akhirnya keputusannya ialah saya berhasrat dengan sepenuh hati untuk ajar anak saya sendiri di rumah. Sessi memujuk suami pun kena buat juga sebab saya tak nak nanti saya dah balik dari seminar kita seorang saja yang berkobar-kobar selepas pergi ke Seminar tersebut. Biar balance sama-sama excited untuk ajar anak Mental Arithmetic, Al-Quran dan ilmu yang bermanfaat. InshaALLAH tetapkanlah hati ini Ya ALLAH, semoga saya dan para pembaca blog ini akan istiqamah tidak kira apa visi atau misi yang kita hendak corakkan pada anak-anak. Yang pastinya Al-Quran dan segala macam ilmu untuk diberikan semasa minda mereka masih boleh menyerap input-input yang baik dan positif untuk mereka.
Selepas daripada seminar ini bolehlah saya ajarkan anak saya seminggu sekali kerana ianya memang mudah dan ianya mampu membantu perkembangan otak kanan anak-anak kita.
Mental Arithmatik adalah membuat kiraan matematik dengan menggunakan otak kanan, iaitu daya imaginasi seseorang dalam fikiran). Biasanya ibubapa atau guru-guru akan mengajar kiraan/operasi matematik pada kanak-kanak menggunakan jari atau batu. Dengan Mental Arithmetic mereka akan menggunakan otak kanan/fikiran atau bayangan. Dibawah adalah Video Adik Darwish yang berumur 4 tahun sedang melakukan Latihan Mental Arithmetic. InsyaAllah jika dia diajar secara konsisten, pada umur 6 tahun dia akan mampu untuk melakukannya dengan sangat pantas. Permulaan peringkat mengajar kemahiran ini kepada kanak-kanak adalah dengan menggunakan alat bantu yang dinamakan Sempoa atau Abacus. Setelah kemahiran ini dicapai, kanak-kanak akandilatih untuk memindahkan sempoa pada bayangan otak mereka sehingga terbiasa mengira dengan lebih cepat dan tanpa alat tersebut. Ianya bagus untuk meningkatkan kuasa otak kanan.
Sedikit penerangan tentang Mental Arithmetic
Kaedah pengajaran yang merka guna pakai adalah kaedah yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Tidak seperti mempelajari abacus biasa yang perlu menghafal 34 formula sebelum mereka memulakan operasi tambah atau tolak. Kaedah kami adalah Tanpa Formula!
1) Merangsang serta menggilap potensi minda mereka
2) Menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan
3) Menguatkan daya ingatan, tumpuan, ketajaman fikiran,
tanggapan, analisa, imaginasi, kreativiti dan daya fikir.
4) Meningkatkan kemahiran latihan untuk motor halus
**Bagi ibubapa yang berminat untuk memberi peluang kepada anak menyertai pertandingan bersifat ilmiah dan memupuk semangat daya saing dalam bidang Matematik pada anak-anak di usia awal, para alumni kursus ini digalakkan untuk mendaftarkan anak mereka bagi menyertai Pertandingan Genius Mental Arithmetic Peringkat Kebangsaanyang akan diadakan pada penghujung tahun. Tarikh dan dan tempat akan diberitahu kemudian. Untuk keterangan lanjut, boleh layari http://www.islamicparentingnetwork.com.my/mentalmathcontest
Assalamualaikum pn...terima kasih atas info..sy juga berminat nk mengajar ank sendiri..pn bole kongsikan ilmu menatal arithmetic ni? Atau pn ada buat kelas? Email sy: qifnara@gmail.com
ReplyDelete