December 27, 2013

Semangat selepas Seminar Menghafal Al-Quran dari Bayi

Dengan izin Allah. 


Selepas menghadirkan diri ke Seminar, Alhamdulillah setiap malam kelas mengaji akan saya buat. Set buku ini dibeli dari Islamic Parenting Network Siri dari Al-Furqan ini memang sangat sesuai untuk ajarkan anak mengaji. Zaman buku Iqra dah berlalu.



Hasil kerja tangan ibunya. 


Kelas mengaji dengan anak-anak. Alahai, biasalah tu ada yang berlari, melompat, kejar mengejar, lagi banyak dia bergerak lagi banyak yang dia cepat masuk untuk dihafaz. Diam tak diam, Hamzah boleh ikut baca dengan dialect dia sendiri. Alhamdulillah...



Ummi selalu risau dengan anak-anak ummi. Almaklumlah berniaga sambil mendidik anak-anak. Semua naluri ibu nak yang terbaik untuk anaknya. Alhamdulillah ini sahajalah hadiah yang terbaik buat saya. Keluarga yang sihat dan bahagia.

InshaALLAH istiqamah. Doakan saya jadi ibu yang terbaik dunia akhirat mereka. Amin

No comments:

Post a Comment

Ada sebarang pertanyaan? Please ask in the comments or tweet me, feel free to follow my twitter @teachnanie and instagram @teachnanie, inshaALLAH I’ll try to answer it. Thanks