Assalamualaikum warahmatullah,
Saya bukanlah di kalangan orang yang bagus hafalannya. Namun di dalam hati tidak pernah lekang rasa ingin menghafal banyak ayat-ayat al-Quran. Supaya apabila dapat menghafal ayat-ayat al-Quran yang banyak, maka dapatlah mencontohi Nabi SAW, para sahabat Baginda, dan orang-orang yang soleh dengan itu inshaALLAH mendapat kelebihan yang jauh lebih BAIK lagi.

Semoga saya dan anda semua dikurniakan keazaman, kesungguhan dan dijauhkan dari sifat malas dan putus asa selepas mendengar perkongsian yang disampaikan oleh Sheikh Wahid Abdus-Salam Bali (semoga beliau dipelihara ALLAH) berikut:
1) Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf. Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.
(Mesti 10 kali. Jangan baca 2 kali, terus mahu mengulang. Cara ini salah. Ikut pesanan Sheikh dengan membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.)
Jika ada masalah dengan perkataan tertentu, maka bacalah perkataan tersebut dengan satu perkataan sebelumnya dan satu perkataan selepasnya sebanyak 5 kali. Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.
2) Kemudian, bacalah ayat dalam baris kedua sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf. Selepas itu, ulangi ayat dalam baris kedua tanpa melihat mushaf.
3) Setelah ayat dalam baris pertama dan kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat dalam baris pertama dan kedua tersebut dengan melihat mushaf pula sebanyak 3 kali. Selepas itu, ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat mushaf.
4) Ulangi perbuatan di atas untuk ayat dalam baris ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.
Cara di atas adalah cara penghafalan jangka masa pendek. Dan hafalan boleh hilang dalam masa beberapa minggu.
Bagaimana untuk menukar penghafalan jangka pendek ini kepada penghafalan jangka panjang?
1) Ambil mushaf dan buka muka surat yang sudah dihafal itu. Baca muka surat tersebut sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf. Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan di baris berkenaan.
Perbuatan begini, insyaALLAH akan melekatkan apa yang dihafal kuat di dalam minda. Anda tidak akan lupa, insyaALLAH. Segala puji bagi ALLAH. Kenapa?
Kerana apabila anda membacanya sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf, mata anda akan merakam muka surat tersebut dalam bentuk foto ke dalam minda. InsyaALLAH ia akan melekat kuat di dalam ingatan anda dan takkan melupakannya.
Berikut adalah satu lagi video penerangan oleh Sheikh Abdus-Salam Bali:
Tips & teknik lain untuk menghafal Al-Quran. Hendak menghafal ini ada juga pantang larang dia supaya kita boleh cepat hafal. Banyak benda rupanya kena jaga nak jadi seorang yg lebih mulia ini, terutamanya pandangan, makan, dan niat, bila tak jaga semua ini, ia akan tercalar sikit segala hafalan kita.
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.Kadang-kadang tu melawan cakap ibu/ayah/suami pun adalah satu maksiat juga(Bak kata Imam yang mengajar di Kelas Hafazan).
2. Waktu afdhal membaca ialah sebelum subuh sehingga jam 9 pagi, nak buat waktu lain pun boleh ikut kesesuaian setiap individu. Kalau boleh jangan makan makanan yang berat-berat. Cukuplah kiranya makan madu/ kurma/ makanan sunnah Nabi sebelum nak memulakan menghafaz untuk menguatkan lagi ingatan. Bila kita makan, cuba kemam lama sikit makanan dalam mulut & rasa nikmatnya itu biar terasa sampai ke otak. Kalau tak makan apa-apa pun tidak mengapa, sebab selalunya bila kita lapar ini lagi kuat ingatan kita. Contohnya kalau kita berpuasa lagi cepat nak ingat/ hafaz. InshaALLAH dengan izinNYA jua.

3. Perbanyakkan makan makanan yg kuatkan ingatan contohnya madu, air zamzam, kismis,susu segar,ikan segar,udang,halia, bawang putih/merah, delima, kacang, badam, gajus (p/s : Makanlah 1 kilogram kismis setiap hari tetapi tiada usaha untuk menghafaz. Anda mungkin termasuk dalam golongan yang rugi.)
4. Elakkan makan makanan yang melemahkan ingatan seperti epal hijau, daging merah, terung, air batu, sweet dishes, cili besar hijau & terminum air bersemut.
5. Sentiasa memelihara mata dari melihat aurat orang lain. Termasuklah menonton TV/ Internet/ media massa yang lain.
5. Sentiasa memelihara mata dari melihat aurat orang lain. Termasuklah menonton TV/ Internet/ media massa yang lain.
6. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
7. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
8. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz(Solat Taqwiyatul Hifz dilakukan untuk memohon supaya kita mudah mengingat. Ia adalah solat sunat 4 rakaat. nak buat satu salam boleh atau 2 salam. Rakaat pertama selepas fatihah surah yaasin, rakaat kedua lepas fatihah surah al mulk rakaat ketiga, lepas fatihah surah as sajdah, rakaat keempat surah ad dukhan. Buat seelok2nya selepas isyak pada setiap malam jumaat…).
9. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
10. Menghafal/ mengulang setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu atau solat sunat Tahajud dan Dhuha.
11. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
12. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
13. Fahamkan maksud ayat tersebut. InshaALLAH lebih penghayatan bila diulang kembali.
Bila kita dapat amalkan tips-tips ini inshaALLAH senang nak menghafal 1 juzuk, diikuti dengan juzuk2 yang lain. Berdampinglah dengan orang yang soleh yang boleh membawa kita ke jalan yang diredhai olehNya. InshaALLAH.
Semoga bermanfaat.
P/s: Cuba check bacaan surah pendek kita or Al-fatihah, betul tidak kita baca sewaktu solat. InshaALLAH sama-samalah kita perbaiki & check balik dari Al-Quran, Youtube, CD, MP3 & etc.
P/s: Cuba check bacaan surah pendek kita or Al-fatihah, betul tidak kita baca sewaktu solat. InshaALLAH sama-samalah kita perbaiki & check balik dari Al-Quran, Youtube, CD, MP3 & etc.
sangat bermanfaat..syukran :)
ReplyDeleteAssalamua'alikum...Saya mohon share ye :)
ReplyDeleteboleh silakan
DeleteinsyaAllah....tips sangat berguna.terima kasih
ReplyDeleteinsyaAllah...sangat bermanfaat.terima kasih.
ReplyDeleteperkongsian yang sangat bermanfaat
ReplyDeleteJOM BACA & HAFAL AL-QUR'AN
ReplyDeleteDaripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)
https://www.facebook.com/jombacadanhafalalquran/?tn-str=k*F
Alhamdulillah sngt mnto
ReplyDeletemantap
ReplyDelete