May 30, 2020

Membaca Quran bertadarus lebih baik dari baca sendiri-sendiri




Alhamdulillah dengan izin Allah saya kembali aktif dalam dunia berblog, tujuannya untuk berkongsi informasi yang bermanfaat untuk semua orang biasakan. InshaAllah.

Semenjak bulan Ramadhan yang lepas, kami sangat rasa bahagia dan beruntung bila waktu #pkp #rmo yang kerajaan telah berikan untuk kami sekeluarga #stayhome #staysafe luangkan masa bersama dengan bertadarus pada bulan Ramadhan dan inshaAllah kami akan cuba applykan juga bertadarus pada bulan-bulan yang seterusnya. InshaAllah.

Dalam pada bertadarus dengan suami, anak-anak, mama, abah dan adik secara dalam talian. Jadi kami lebih tahu dan nampaklah kesalahan bacaan yang telah disebut dengan bacaan tajwid yang tidak betul.  Dan mana yang tidak betul itu telah diperbetulkan dalam waktu itu. Inilah dia kelebihan bertadarus bersama daripada baca sendiri-sendiri Quran itu. Saya juga ada join kelas Khatam Quran dari Ribat Al-Quran Shah Alam, alhamdulillah saya akan cuba sedaya yang mungkin untuk join kelas-kelas yang ada walaupun saya tidak diberikan peluang untuk pergi sendiri kelas-kelas agama ini sendiri atas sebab saya ialah seorang suri rumah yang perlu menjaga kebajikan anak-anak dan keluarga.

Tapi itulah bila adanya pkp ini telah membuka ruang yang sangat besar buat saya untuk join kelas online sahaja, alhamdulillah walaupun saya tahu ada yang akan kata kalau nak berguru ini ada adabnya iaitu lebih baik berguru mengejar ilmu itu untuk berjumpa berdepan-depan dengan guru itu sendiri dan bila adanya #Covid19 ini ianya telah banyak mengubah persepsi untuk belajar berguru itu sendiri kerana kalau nak berguru pun boleh sahaja buat secara online sekarang ini. 

Saya dapat lihat semua para ustaz atau guru lebih cenderung dan perlu ceburkan ilmu untuk make it happen dan ustaz atau guru ini perlu buat ianya secara online. Dahulu, saya selalu dengar orang kata diorang pergi ke sana ke sini semata-mata untuk pergi belajar, tapi macam saya ini akan rasa sangat jealous, dan dalam hati terdetik kata"Kenapa eh, aku tak boleh buat macam mereka semua pergi ke kelas dan jumpa depan-depan dengan guru tersebut, selalu kalau nampak banner atau bunting tepi jalan akan kata bestnya dapat join tapi itulah bila ya, tanya suami dia kata not the right time yet. So, kita pun dengar je kata suami. Sekali bila ada covid ini nak beraya pun dah tak boleh nak buat apa pun dan juga dah kena limitkan pergerakan untuk lebih duduk di rumah, makanya dah tak boleh perbanyakkan aktiviti keagamaan berkumpul-kumpul kerana sekarang ini dah memang tak sesuai lagi. Jadi, Allah itu sangat baik untuk kita semua. Semua yang terjadi penuh dengan hikmah. Semuanya berlaku atas sebab tertentu. Do you think whatever happened to you so far are really bad? I don’t think so — Don’t judge, go through them, enjoy the present moment, surely, you will do much better than what you think.

Kami-kami suri rumah ini punya perasaan ingin buat macam orang lain. Alhamdulillah Allah tunjukkan yang terbaik semuanya sekarang. I am so happy with this new normal changes. Thank you Allah for what ever happen to us. Good, Bad, who knows!

Thank you for taking your time to read my humble blog. Semoga kita sentiasa keep in touch and you all boleh share your  own thoughts on this…



Tagging Quran 4 #nanieshares





Tagging No. 4

Wajib Puasa:
Surah Al- Baqarah
Ayat 183-185

#nanieshares 
#naniesayangquran 
#semogabermanfaat 
#qurantagging 
#quranismybestfriend

May 12, 2020

Tagging Quran 2 #nanieshares



Tagging No. 2

Ganjaran Penyerahan Diri
Surah Al- Baqarah
Ayat 112

Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.

#nanieshares 
#naniesayangquran 
#semogabermanfaat 
#qurantagging 
#quranismybestfriend

Tagging Quran 1 #nanieshares



Tagging No. 1

Larangan Sembunyikan Kebenaran:
Surah Al- Baqarah
Ayat 42

Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya.

#nanieshares 
#naniesayangquran 
#semogabermanfaat 
#qurantagging 
#quranismybestfriend

March 25, 2016

Soft Yummy Pretzels Recipe

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya tidak pernah terfikir langsung untuk pernah cuba membuat pretzel sendiri. Kami sekeluarga kalau keluar ke shopping mall mesti akan beli Pretzel Auntie Anne's untuk di bawa balik dan makan di dalam kereta sementara untuk sampai ke rumah. Memang jadi favourite kami anak beranak disertakan dengan set yang ada sekali dengan air lemonade. Almaklumlah, keluarga kami ramai dan kuat makan pula, jadi macam rasa tidak puas makan Pretzel yang dibeli.

Suatu hari, suami saya paksa saya buat Pretzel sendiri, dia kata bila lagi nak cuba? Jadi bila suami saya insist untuk buatkan sama macam Auntie Anne's so saya cuba buat sendiri, google resepi yang sesuai dengan jiwa saya. Akhirnya, hari itu juga saya terus cuba resepinya. Oklah untuk tidak panjang cerita, saya kongsikan resepinya seperti di bawah.

Credits from Allrecipes.com

Credits from Allrecipes.com



Bahan-bahan
























Cara-cara


  • Prep
  • Cook
  • Ready In

    1. Di dalam mangkuk yang kecil, letakkan yis dan larutkan kesemuanya dengan 1 sudu kecil gula ke dalam 1 1/4 cawan air suam. Dikacau bahan itu semuanya sehingga ianya menjadi creamy, dalam masa 10 minit. 

    1. Di dalam mangkuk yang besar pula, campurkan kesemua tepung gandum, campurkan 1/2 cawan gula, dan 1 sudu kecil garam. Buat satu lubang di tengahnya; campurkan minyak sayuran dan juga campuran yis tadi. Campurkan dan uli sehingga menjadi dough. Jika campuran itu kering, tambahkan satu ke dua sudu besar air masak. Uli dough sehingga lembut, dalam 7 ke 8 minit. Sediakan mangkuk yang besar dan diletakkan minyak sekeliling mangkuk tersebut, kemudian bolehlah masukkan dough yang lembut itu tadi ke dalam mangkuk yang berisi minyak yang sudah diratakan di keseluruhan mangkuk besar itu tadi, letakkan kain bersih yang lembap untuk menutup mangkuk itu tadi. Jika ada plastik wrap lebih bagus dan biarkan dough tersebut berada dalam suhu bilik untuk jadikan dough itu naik dan lebih kembang, dalam masa 1 jam.

    1. Panaskan oven ke 450 degrees F (230 degrees C). Ratakan butter di permukaan membakar(lebih elok gunakan aluminium foil untuk senang proses untuk membersih dan mengemas).Di dalam mangkuk yang besar, larutkan baking soda ke dalam 4 cawan air panas, letak tepi. Apabila dough sudah naik kembang, ambil dough tersebut dan letakkan di atas taburan tepung yang sedikit dan bahagikan kepada beberapa pieces yang dikehendaki.  Roll kesemua piece menjadi tali dan twist menjadi bentul pretzel. Setelah kesemua dough sudah dibentuk, celup kesemua pretzel ke dalam air larutan panas baking soda dan letakkan pretzel di atas permukaan membakar. Letakkan kuning telur di permukaan atas pretzel dengan rata. Akhir sekali, taburkan kosher salt/ garam yang halus di atas pretzel.












    1. Footnotes
    2. Tip
    3. Aluminum foil digunakan untuk memastikan makanan lembut, masak lebih rata, dan senang untuk proses mengemas.
    4. Jadi, selepas semuanya siap bolehlah dihidangkan untuk di makan bersama. Kalau nak makan begitu sahaja pun sedap. Kalau saya, tak letak garam pun atas pretzel, saya suka rasa original manis-manis gitu dan boleh dip dengan chocolate spread, kaya, strawberry, caramel, cheese dan sebagainya. Sekarang saya sedang belajar nak buat perasa Sour Cream and Onion...favourite saya tu.
    5. Credit from Allrecipe.com

      Credit from Allrecipe.com


      Selamat mencuba semua! 
    6. Nanti bila sudah cuba jangan lupa bagitahu atau sharekan gambar Pretzel anda semua ok. Dapatlah makan portion yang banyak dengan harga yang jauh lebih berbeza dari Auntie Anne's lepas ini kan. Boleh simpan dan bawakan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Lepas dah berjaya buat pretzel mesti boleh terus apply buat bun dan roti lepas ini pula ok....
    7. Regards,
    8. Ummi Nanie