December 27, 2013

Moments to be remembered...

We're totally & truely a tired parents but we have happy kids that live with us...


I am proud to be a homeschool teacher for my kids. Alhamdulillah 





July 14, 2013

Anak-anak vs potensi mereka

Kebanyakan ibu bapa inginkan anak-anak mereka sentiasa bijak, cerdas, dan bijaksana. Mereka mengimpikan agar anak-anak mereka akan menjadi seorang yang berpotensi dan berwawasan apabila dewasa kelak. Tiada seorang pun ibu bapa yang mengharapkan anak mereka menjadi orang yang tidak berguna dan membebankan masyarakat. Pembentukan potensi kanak-kanak mestilah bermula dari mereka kecil lagi. Ianya seperti kain putih bersih yang bakal kita akan warnakan & corakkan nanti.
Beberapa tips yang dapat membantu kita sebagai ibu bapa untuk membentuk potensi anak-anak, antaranya dengan memulakan hidup anak kita dengan nama panggilan yang baik. Dalam Islam sendiri nama yang baik adalah amat digalakkan dan ia menunjukkan rasa hormat kita pada mereka. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak kita berasa malu dan rendah diri. Berilah nama panggilan yang manja, supaya wujud dalam diri mereka yang mereka dihormati dan disayangi.
Ada pendapat yang mengatakan anak-anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Oleh sebab itu, berikanlah anak kita pelukan setiap hari. Hal ini dapat mewujudkan hubungan yang lebih mesra dan intim antara ibu bapa dengan anak-anak. Pandangan atau renungan daripada ibu bapa terhadap anak-anaknya akan membuatkan mereka menjadi lebih yakin untuk melakukan sesuatu. Pandanglah anak-anak dengan pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Dengan cara ini sebenarnya membantu dalam membentuk keyakinan dalam diri mereka untuk berhadapan dengan persekitaran.
Berikan peneguhan setiap kali anak kita berbuat kebaikan. Sebenarnya dengan memberikan pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikkan yang mereka lakukan. Ini menunjukkan bahawa kebaikkan yang mereka lakukan adalah sesuatu yang betul dan ini membantu menggalakkan lagi mereka untuk berbuat kebaikan. Janganlah mengharapkan anak kita yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Sebagai kanak-kanak yang sedang berkembang mereka tidak terlepas dari membuat kesilapan. Mungkin hari ini mereka melakukan kebaikkan tetepi keesokan harinya mereka melakukan kenakalan, ia merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam dunia perkembangan kanak-kanak. Ini bersesuaian dengan sikap kanak-kanak yang sentiasa ingin mencuba dan membuat kesilapan.
Sebenarnya kebanyakkan ibu bapa tidak sedar bahawa keluhan yang mereka keluarkan mampu membuatkan anak-anak merasa mereka membebankan. Jadi sebagai ibu bapa janganlah kita mengeluh dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Ini kerana anak-anak yang sedang membesar mempunyai jiwa yang sensitif. Sebagai seorang kanak-kanak yang aktif, anak-anak kita gemar bercerita apa sahaja yang mereka lalui dalam kehidupan seharian. Mungkin terdapat diantara anak-anak kita yang sentiasa bercerita aktiviti yang mereka lakukan di sekolah. Dengan itu, belajarlah untuk jadi ibu bapa yang prihatin. Sentiasalah berikan mereka ruang untuk bercerita apa sahaja, dan sebagai ibu bapa jadilah seorang pendengar yang setia. Jangan cuba untuk menyampuk ketika mereka rancak bercerita, dan tunggulah hingga giliran kita untuk bercakap. Ini akan mengajar anak kita tentang giliran untuk bercakap.
Seperti orang dewasa adakalanya anak-anak inginkan kejutan daripada ibu bapa mereka. Buatlah sambutan untuk menyambut hari kelahiran mereka. Sediakanlah hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak kita belajar menghargai. Jemputlan rakan-rakan anak untuk meraikan bersama sambutan tersebut, hal ini memberikan mereka rasa bangga bahawa mereka mempunyai ibu bapa yang sentiasa sayang dan mengingati mereka. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan ibu bapa mereka.
Belajarlah untuk menghargai permainan kesayangan anak-anak. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan kita. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

Tugas ibu bapa bukan hanya memberi makan pakai sahaja, tetapi haruslah menitikberatkan perasaan, emosi anak-anak, curahan kasih sayang untuk menyuntik semangat & mendorong anak untuk terus berjaya dalam hidup. Kita sebagai ibu bapa juga tidak akan pernah terlewat untuk berubah melainkan kalau kita sentiasa memberi pelbagai alasan untuk merubah diri kita sendiri sebagai ibubapa yang terbaik buat mereka. 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Selepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" di mana yang hendak dipukul itu? Tapak kakinya, bukan muka, punggung, telinga dan di tempat-tempat yang sensitif, itu salah.”
Jadikanlah sabda Rasulullah ini sebagai pegangan dan panduan dalam mendidik anak-anak. Perkembangan minda anak-anak semasa kecil adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencoraknya. Jika hitam kita mencoraknya maka hitamlah ia, dan jika putih cara coraknya maka putihlah ia. Ini kerana anak-anak itu ibarat kain yang putih dan kita sebagai ibu bapa yang menentukannya. 


-Teacher Nanie

July 13, 2013

Jangan ambil mudah, didiklah anak-anak dari awal....


SIKAP segelintir ibu bapa yang mengambil mudah mengenai didikan awal anak kerana menganggap si kecil itu tidak mungkin dapat memahami pelajaran, bukan saja merugikan kanak-kanak, malah ibu bapa sendiri.



Sebahagian ibu bapa pula meletakkan usaha mendidik pada bahu guru semata-mata kerana berasa mereka tiada masa atau tiada kemahiran mendidik, sedangkan mengajar anak kecil tidak perlu secara formal, malah lebih mirip kepada bermain. 
Untuk mendidik kanak-kanak, kaedah serius seperti yang diamalkan orang dewasa tidak sesuai digunakan kerana tumpuan mereka terlalu mudah terganggu. Oleh itu, menerusi cara bermain dan melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan, akan membantu dalam sesi pembelajaran yang berkesan. 

Ada ibu bapa berasa tugas mengajar adalah tanggungjawab guru di sekolah, manakala mereka pula hanya memberi sokongan daripada segi moral dan kewangan bagi memastikan kejayaan anak dalam bidang akademik, bukannya memainkan peranan utama. 



Inilah kebenaran ibu bapa zaman sekarang. Kasihanilah pada anak-anak kerana anak-anak adalah cermin kepada ibu bapa mereka.



Anak-anak adalah cermin kepada ibu bapa mereka. Kajian mendapati selain faktor genetik, kanak-kanak mudah meniru persekitaran mereka dan ibu bapa adalah individu yang paling penting dalam hidup mereka, bukannya orang lain. 

“Jadi tidak wajar menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada guru semata-mata, pengasuh atau lebih buruk lagi pembantu rumah. 

“Terdapat lima perkembangan utama yang perlu diberi perhatian dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan moral. 



“Bagaimana untuk mengharapkan anak yang pintar, rajin serta mempu­nyai pekerti mulia jika ibu bapa pula sebaliknya? Ibu bapa adalah guru terbaik buat anak-anak mereka,” katanya. 

Didikan awal kanak-kanak banyak bergantung kepada personaliti atau gaya keibubapaan itu sendiri. Secara umumnya, ada empat cara yang boleh membentuk keperibadian anak-anak iaitu penguasaan, pengawalan, menyenangkan dan menenangkan hati. 

Menurutnya, ibu bapa yang cenderung melindungi atau terlalu mengawal anak mereka secara tidak langsung akan mengehadkan daya saing serta memandang rendah keupayaan anak mereka untuk berdikari. 

Contohnya, ada ibu bapa yang masih membiarkan anak mereka memakai lampin pakai buang walaupun umur menjangkau lima tahun, sedangkan kemahiran terbabit boleh dilatih seawal usia dua tahun lagi iaitu apabila anak berkenaan mula pandai bercakap dan menyatakan kemahuan kendiri.

Bayi lahir dengan berbilion juta sel neuron otak dan amat merugikan sekiranya sel terbabit tidak dirangsang dengan baik kerana ia akan mati begitu saja. 

“Kajian menunjukkan kanak-kanak yang berumur kurang daripada empat tahun mempunyai daya serapan yang amat tinggi iaitu 200 peratus berbanding selepas melewati usia berkenaan. 




Mengajar anak kecil memerlukan kaedah seperti membaca yang menggunakan tiga kemahiran penting iaitu mengecam bunyi atau huruf, memahami bahasa yang dibaca serta mengaitkan cerita yang dibaca dengan pengalaman individu. 

Kemahiran menulis pula memerlukan kesediaan pada motor halus dan ia satu kaedah yang paling berkesan, mudah dan sistematik menerusi fonetik dan multisensori. 

“Melalui kaedah ini, anak-anak hanya perlu menyebut bunyi tanpa perlu mengeja. 
Jadikan ia sebagai tabiat, tidak perlu lama, sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sehari. 



“Selain itu, bagi mening­katkan kemahiran anak untuk belajar membaca dan menulis, ibu bapa juga perlu memilih perisian yang berfaedah untuk anak-anak mereka,” katanya. 

Jika anak-anak tidak didedahkan dengan kemahiran membaca dan menulis seawal mungkin, mereka mungkin akan ketinggalan dalam bidang pelajaran. 



Apabila keyakinan diri tergugat, kanak-kanak itu secara automatik akan kurang memberi tumpuan kepada apa yang diajar guru ketika mula memasuki sekolah, sebaliknya lebih gemar bermain. 

Kanak-kanak yang diang­gap lemah oleh guru sete­rus­nya akan diletakkan di kedudukan meja di belakang kelas. Ini menyebabkan mereka seolah-olah dipinggirkan kerana kurang memberi tumpuan dan seterusnya menganggap diri sendiri tidak bagus hingga terus tercicir. 

Disebabkan itu, didikan awal penting untuk anak-anak sejak usia muda kerana ia bukan saja memberi mereka pemahaman dan membantu mereka belajar membaca dan menulis dengan lebih cepat, tetapi lebih penting keyakinan diri mereka meningkat secara mendadak. 


Apabila mereka mula memasuki sesi persekola­han dengan keyakinan yang tinggi, kanak-kanak itu memberi tumpuan kepada pengajaran guru dalam kelas, sekali gus membantu mereka semakin meningkat dalam akademik, seterusnya menjadi pelajar cemerlang. InshaALLAH...

-Teacher Nanie

June 30, 2013

Moments to be a teacher and ummi for the kiddos...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk berkarya lagi. Waktu yang terbaik untuk berkarya apabila anak-anak tidur saya akan berjaga melakukan sedikit aktiviti yang tertangguh & inilah  juga waktu yang sesuai untuk mencari sedikit ketenangan.

Dari hari ke sehari, kemudian berganti minggu, diikuti pula berganti bulan & inshaALLAH niat murni ini untuk mendidik anak-anak sudah sampai ke pertengahan tahun mengajar mereka. Dalam masa yang sama pada tarikh 24/06/2013(Isnin) saya telah menambah seorang lagi pelajar atas sebab-sebab saya perlu buat sesuatu untuk bantu orang lain yang tidak mampu untuk hantar anak ke tadika. Alhamdulillah saya dapat bantu mengajar anak ini secara sukarela. Namanya Muhammad Bin Hisyam. Bijak dan sangat bagus akhlaknya. Katanya dia suka datang belajar di sekolah Teacher Nanie sebab ramai kawan macam Muadz, Umar dan Hamzah. Anak-anak pun gembira dengan kehadirannya. Tidak tergambar semangatnya hendak datang ke sekolah lagi untuk hari-hari esoknya. Saya hanya mampu tersenyum gembira kerana ada juga teman lain yang boleh Muadz, Umar & Hamzah bermain bersama. Itu sahajalah cabaran anak-anak yang bersekolah di rumah kerana tidak ramai kawan selain dari adik beradiknya sahaja. 
Tidak dinafikan ada juga rintangan/dugaan yang mendatang, tapi saya anggap itu cuma dugaan ALLAH nak berikan pada seorang ibu & juga guru yang mengajar anak sendiri di rumah. Apa yang saya pentingkan sekarang agamanya, diikuti dengan akhlaknya & selepas itu akademiknya.    Berharap sangat untuk yang terbaik buat Muadz sebab tahun depan Muadz akan mula sessi untuk sekolah rendah pula. Setiap bulan ada target yang perlu saya capai untuk anak-anak yang telah saya bimbing. Cuma not to get too high expectations pada anak-anak kerana bimbang mereka hilang minat untuk belajar. Lagipun mereka ini kanak-kanak yang sentiasa ingin diberikan perhatian, pujian & kata-kata semangat. Mereka sangat aktif & suka bermain. Alhamdulillah mengikut pemerhatian selama mengajar ini kanak-kanak yang aktif memang cepat pandai, very-very bright...peluang & potensinya banyak dalam dirinya & mereka perlu ekspresikannya melalui pergerakan, percakapan, & sebagainya. Nama pun anak-anak lelaki. Sebab itu anak lelaki semasa dia kecil, memang kena pantau mereka ini atas sebab   jiwa mereka yang sentiasa ingin tahu, hendak mencuba, lasak, aktif & bertenaga. 
Dengan adanya homeschool di rumah saya sebagai ibu/guru dapat mengawal pengaruh negatif dalam persekitaran harian(termasuk media elektronik) dan berpeluang untuk menerapkan sendiri nilai-nilai sebuah keluarga Islam. 
Kalau kita kejar peluang untuk mendidik anak dengan agama dan akhlak yg baik, maksudnya berusaha dari sekarang untuk pastikan mereka jadi anak yg soleh dan solehah, inshaAllah akan menjamin diri kita untuk bekalan amal di akhirat nanti. Kalau kita kejar akhirat, dunia pun akan dapat. Tetapi kalau kejar dunia hanyalah dunia semata-mata~
Bila buat sesuatu keputusan jangan fikir apa orang akan kata, buatlah kerana Allah suka dgn keputusan kita. Alhamdulillah anda akan rasa lebih bahagia.
Muadz buat #Magic.
Ingatlah kalau ibu-ibu yang rasa takut untuk berhenti kerja demi anak-anak, yakinlah ALLAH sentiasa bersama dengan kita. Niat yang baik untuk anak-anak inshaAllah ALLAH sentiasa tolong & pelihara kita. ALLAH dah janjikan iaitu “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya."
Sedikit moment bersama anak untuk saya kongsikan. Anak-anak yang telah menceriakan masa-masa yang terluang ini bersama mereka. 
A 100 yrs from now, it will not matter what my bank acc. was, the sort of house I lived in, or the kind of car I drove... But the world may be different because I was so much important in the life of my children. 

Sedikit selitan untuk yang parents yang berminat:
Jom ajar anak al Quran ketika mereka masih kecil dan banyak masa lapang. Mudah dan kekal InsyaAllah jika kita memasukkan al Quran dalam kehidupan mereka ketika mereka masih ibarat kain putih. Juga sebelum mereka disibukkan dengan alam persekolahan dan kita pula sibuk menyemak kerja sekolah dan menilai keputusan peperiksaan mereka. 



Kanak-kanak boleh menghafal 30 surah terakhir sebelum mereka ke sekolah tadika lagi. Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila layarihttp://www.islamicparentingnetwork.com.my/seminar


Jadual Kursus Mental Arithmetic IPN bagi 

Shah Alam - Julai
Trengganu - September
Penang - September

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila layarihttp://www.islamicparentingnetwork.com.my/mentalmath atau hubungi Puan Norra 0192308994




-Teacher Nanie

June 28, 2013

Melakari warna-warna kehidupan bersama anak-anak


Assalamualaikum...

Bila orang kenal kita dan tahu kita tidak bekerja, berhenti kerana nak jaga anak-anak di rumah. Seolah-olah mentaliti bangsa kita kata 'Ruginya belajar tinggi-tinggi, sudahnya duduk di rumah?', dan katanya kan banyak pilihan ada utk anak-anak kita, babysitter, maid, tadika, etc yg boleh jaga anak-anak kita tu. 
Keputusan saya jadi fulltime housewife diikuti pula teacher kpd anakanak ialah saya mahu ianya menjadi suatu kenangan yg terindah utk melakari warna-warna kehidupan anak-anak saya yg tidak lama lagi akan hilang saat-saat untuk kita membelai, membelek, memeluk, bermanja, bermain, dan banyak lagi keseronokan bersama-sama dgn ana-anak ini. 
Dalam masa yang sama apa ilmu yang saya belajar dulu adalah suatu yang tidak ternilai untuk pengetahuan saya kongsikan kepada anak-anak. Kadang-kadang saya sedih bangsa kita bersikap macam ini. Tapi saya anggap ianya dugaan untuk saya teruskan semuanya kerana saya tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya. 
Kata-kata untuk memberi semangat kepada semua ibu-ibu yang telah memilih utk menjadi insan paling istimewa dengan anak-anak mereka. Allah bersama kita permudahkan segala urusan kita.
Ummi harap sangat anak-anak yg soleh & solehah dunia akhirat

Setiap saat ada sahaja keletah yang mereka cuba sampaikan.

Moga ALLAH sentiasa memberi ketabahan untuk terus kuat & cekal.

-Teacher Nanie