December 27, 2013

Homeschool in my perspective

Alhamdulillah.







Walaupun ianya homeschool semata-mata, tapi saya lebih prefer anak-anak saya pakai baju sekolah dan baju sukan dalam sessi pembelajaran/ aktiviti sukan bersama Teacher Nanie. Matlamatnya untuk mendisiplinkan anak-anak dan mereka akan rasa seronok seperti berada di sekolah. Belum decide color baju lagi. InshaALLAH warna purple.

Bila ada baju khas untuk belajar/ bermain, semangat mereka lain especially untuk train anak-anak kita sendiri mendengar arahan. Sebab itu sewaktu sessi sekolah saya wajibkan anak-anak panggil Teacher Nanie. Untuk set the limit between Ummi dengan anaknya sendiri.

Homeschool tidak ada limit time bila pun, depends pada masa bila anda free dengan anak-anak. Anyway baju ini boleh dipakai semasa anak-anak berada dirumah sama ada selepas sessi persekolahan atau pun pada musim cuti persekolahan mereka.

Kalau ada yang berminat nak beli baju sekolah homeschool versi Teacher Nanie sila maklumkan ya. 


Untuk maklumat lanjut mengenali Homeschooling, sila refer laman ini.

Sumber: http://nur.karangkraf.com/mom-s-corner/kenali-homeschooling-1.121531

Saya bersyukur sangat kerana mempunyai pengalaman yang tak ternilai dengan mendidik, membimbing dan mengasuh anak-anak sendiri dengan sepenuhnya. Alhamdulillah. 

Tahun 2014 adalah tahun mencabar kerana Muadz akan mula masuk Tahun 1. Ummi doakan Muadz sentiasa jadi anak yang soleh, baik dan berakhlak mulia. Amin ^-^

P/s: InshaALLAH tahun depan siapa nak join Kelas Mengaji dan menghafaz Al-Quran/ Muqaddam bersama dengan anak saya sila maklumkan ya. Lokasi di Shah Alam, Seksyen 7 

2 comments:

  1. Salam..nak ty mengenai kelas mengaji alquran..sek 7 kat mana?

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:08 PM GMT+8

    macam mana nak contact teacher nanie untuk joinkan anak saya menghafal alquran

    ReplyDelete

Ada sebarang pertanyaan? Please ask in the comments or tweet me, feel free to follow my twitter @teachnanie and instagram @nurhananisharuddin, inshaALLAH I’ll try to answer it. Thanks